JOHOR BAHRU - Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM672,491 setelah terpedaya dengan tawaran pelaburan saham yang diiklankan melalui Facebook.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa berusia 42 tahun itu telah ditawarkan pelaburan di dalam bursa saham oleh seorang suspek wanita warga tempatan.