Poland kesan kematian kucing dijangkiti H5N1

Iklan
Poland merekodkan kematian tinggi kucing dijangkiti H5N1. - Foto Agensi

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan Poland menjadi negara pertama melaporkan ' jumlah tertinggi' kucing yang dijangkiti virus selesema burung (H5N1).

WHO berkata, pihak kesihatan Poland memaklumkan bulan lepas mengenai kematian kucing yang luar biasa di seluruh negara, apabila 29 ekor didapati positif H5N1.

Iklan
Iklan

Jumlah tersebut antara 46 ekor kucing yang diuji dalam satu kurungan dan 14 daripada haiwan itu telah dibunuh manakala 11 lagi telah mati.

Tambahnya, kes kematian dilaporkan berlaku pada 30 Jun lalu.

Iklan

"Punca pendedahan kucing terhadap virus itu tidak diketahui dan siasatan epizootik sedang dijalankan," kata WHO dalam satu kenyataan.

Segelintir kucing mengalami gejala yang teruk termasuk kesukaran bernafas, cirit-birit berdarah, tanda-tanda susut tubuh badan dan mati tiba-tiba.

Iklan

Sejak akhir tahun 2021, Eropah berdepan wabak selesema burung yang paling teruk manakala Amerika Utara dan Selatan mengalami nasib sama.

Wabak itu telah menyebabkan pemusnahan jutaan ayam di seluruh dunia, yang pertama kali muncul pada tahun 1996. - AFP