Che'gubard bawa propaganda murahan - Razeef

Iklan
Razeef Rakimin

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tindakan Badrul Hisham Shaharin yang dikatakan mahu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemilikan kediamannya hanya propaganda murahan menjelang pilihan raya negeri (PRN).

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata, SPRM memaklumkan Badrul atau lebih dikenali sebagai Che’gubard enggan masuk ke dalam ibu pejabat agensi berkenaan bagi tujuan penyerahan memorandum, sebaliknya hanya melakukan penyerahan maklumat melalui pos.

Iklan
Iklan

"Perkara ini sekali gus membuktikan tidak ada bukti kukuh terhadap dakwaan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia dilihat sebagai propaganda murahan menjelang PRN.

"Che’gubard memang dikenali sebagai seorang yang 'hanya tahu cakap' tetapi tidak melalui pelaksanaan, malah dahulu bermacam tuduhan dilemparkan terhadap Azmin Ali (Datuk Seri) yang kini menjadi 'bos' kepada beliau,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, media tempatan melaporkan, SPRM tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mendakwa memfailkannya selepas membangkitkan soalan mengenai rumah sewa Anwar di Kajang.

Pada masa sama, Razeef turut menyifatkan Che’gubard sebagai seorang ‘Mat Propa’ yang hanya laku bersama Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mampu mengemukakan hujah berkaitan dasar.

Iklan

Katanya, hal itu membuktikan tahap pemimpin PN yang tidak berkualiti.

"Mereka hanya tahu melemparkan tuduhan tanpa bukti asas, cukup sekadar dijadikan kandungan TikTok oleh laskar (pasukan) siber mereka,” ujarnya.