Tiada bom, hanya beg berisi pakaian

Iklan
Seorang anggota polis dari pasukan pemusnah bom dilihat berada di lokasi. - Foto tular media sosial

NILAI - Suasana di kawasan premis perniagaan di Bandar Baru Nilai di sini gempar seketika apabila sebuah bagasi mencurigakan ditinggalkan di hadapan premis berkenaan pada petang Isnin.

Bagaimanapun selepas siasatan lanjut oleh pihak polis mendapati bagasi itu rupanya hanya berisi pakaian dan bukannya bom.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Mat Ghani Lateh berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1 tengah hari daripada seorang wanita memaklumkan terdapat satu beg pakaian mencurigakan ditinggalkan di lokasi berkenaan.

Anggota polis bertugas diarah ke lokasi bagi menjalankan siasatan. - Foto tular media sosial

"Anggota polis bertugas diarah ke lokasi bagi menjalankan siasatan. Pasukan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipanggil untuk membantu siasatan tempat kejadian.

Iklan

"Beg yang ditinggalkan dimusnahkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan hasil pemeriksaan mendapati di dalam beg tersebut hanya mengandungi pakaian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Siasatan lanjut oleh pihak polis mendapati bagasi itu rupanya hanya berisi pakaian dan bukannya bom.- Foto tular media sosial

Mat Ghani berkata, tiada penemuan sebarang bom di dalam beg tersebut dan ia dipercayai tertinggal kerana tempat kejadian merupakan pusat transit bas ekspress bagi kawasan Nilai.

Iklan

"Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang mendatangkan kegusaran," katanya.