Isu azan diputar belit, Fadhlina tidak teragak-agak saman

Iklan
Fadhlina Sidek

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan pihaknya telah membuat laporan polis berkenaan isu azan yang diputar belit oleh sesetengah pihak sehingga menjadi fitnah.

Perkara itu dikongsikan oleh Fadhlina menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, pada Isnin.

Iklan
Iklan

Katanya, siasatan sedang dijalankan dan misi mencari individu tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan bahan fitnah akan turut dikesan.

Pada 12 Julai, media melaporkan Ahli Parlimen Nibong Tebal itu menggesa parti pembangkang supaya berhenti membawa isu azan semasa pilihan raya negeri (PRN).

Iklan

Fadhlina berkata, banyak lagi isu penting yang perlu dibincangkan seperti ekonomi dan pendidikan.

Fitnah yang tersebar itu mengaitkan Fadhlina apabila terdapat satu kenyataan yang menyatakan perwatakan beliau seperti beradab dan berakhlak Islam, namun berbeza di pentas politik.

Iklan