Beri lebih banyak peluang sertai kejohanan antarabangsa

Iklan
Irfan (kanan) bersama pingat gangsa yang dimenanginya di Kejohanan Olahraga Asia 2023. - Foto Irfan Shamsuddin

ATLET negara harus diberi peluang untuk menyertai lebih banyak kejohanan dan pertandingan antarabangsa agar menerima pendedahan terbaik dan sekali gus dapat meningkatkan tahap prestasi mereka.

Justeru, jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin memuji keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menghantar seramai 28 atlet ke Kejohanan Olahraga Asia 2023 di sini, iaitu kontinjen terbesar sejak 2017.

Iklan
Iklan

"Kejohanan dan pertandingan di peringkat antarabangsa yang lebih kompetitif adalah satu pendedahan yang baik kepada barisan atlet negara.

"Dengan ini, atlet negara akan mengetahui tahap masing-masing dan berlatih bersungguh-sungguh agar dapat berdaya saing dan meraih keputusan yang cemerlang,” katanya kepada wartawan di sini.

Iklan

Pemenang gangsa kejohanan itu yang melabuhkan tirai di Stadium Nasional Suphachalasai semalam berkata, atlet olahraga negara turut mengharapkan lebih banyak peluang menyertai kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan daya saing dan mengekalkan momentum mereka.

"Saya pernah berada dalam situasi mereka. Saya tahu betapa sukarnya untuk atlet bertanding di perlawanan antarabangsa,” katanya.

Iklan

Sementara itu, pemegang rekod kebangsaan lontar peluru wanita, Nani Sahirah Maryata yang membuat penampilan sulung di kejohanan itu berkata, bersaing dengan atlet di peringkat Asia menyuntik semangat juang dalam dirinya untuk melakukan lontaran yang lebih baik.

"Tidak dapat dinafikan mereka hebat sehingga ada yang membuat lontaran sehingga 18 meter. Ini tidak mematahkan semangat saya sebaliknya ia telah mendorong saya untuk mencatatkan keputusan yang lebih cemerlang,” katanya. - Bernama