Joachim, Aira sandaran utama negara di Australia

Iklan
Aira

DUA bintang muda meningkat naik, Joachim Chuah dan Aira Azman menjadi sandaran utama negara untuk mencipta kejayaan menerusi acara individu pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2023 di Melbourne, Australia yang membuka tirai esok hingga 23 Julai ini.

Jurulatih negara, Andrew Cross percaya kedua-dua anak buahnya itu, yang membuat penampilan terakhir dalam kejohanan berprestij berkenaan, bersemangat tinggi terutama Aira yang hadir sebagai juara bertahan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini semua berjalan dengan baik di Melbourne. Kami berjaya mendapatkan beberapa sesi latihan yang cukup baik di sini sebelum kejohanan bermula esok dan barisan pemain sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan mereka.

"Mereka (Joachim dan Aira) mahu melakukan yang terbaik memandangkan ini penampilan terakhir mereka di Kejohanan Remaja Dunia, tetapi setiap pusingan akan menjadi lebih mencabar buat mereka,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, Aira yang berpengalaman beraksi pada Kejohanan Berpasukan Remaja Asia dan Piala Dunia, bersedia membimbing rakan sepasukan dalam acara berpasukan.

"Ada antara mereka (rakan sepasukan) yang kurang berpengalaman daripada saya dalam acara berpasukan, jadi saya akan cuba untuk tunjukkan kepada mereka cara melakukannya dan kami akan melakukannya bersama-sama,” katanya.

Iklan

Turut membarisi skuad negara bagi kategori lelaki Tho Wei Yan, Hashvind Kugan, Low Wa Sern, Nickhileswar Moganasundharam dan Harith Danial Jefri, manakala pemain wanita terdiri daripada Sehveetrraa Kumar, Anrie Goh Chu Yu, Doyce Ye San Lee, Thanusaa Uthrian dan Whitney Wilson

Acara berpasukan bermula pada 24 hingga 29 Julai ini dan Malaysia berazam menamatkan penantian 38 tahun negara untuk bergelar juara remaja dunia berpasukan khususnya dalam kategori wanita.