UMNO tetap 'hulubalang' orang Melayu, agama Islam - Azalina

Iklan
Azalina Othman - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - UMNO akan menjadi hulubalang pertama dalam mempertahankan hak orang Melayu dan Islam kerana ia adalah undang-undang yang sudah termaktub dan tidak boleh dilanggar sesiapa.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, peranan itu tetap akan digalas dan menjadi keutamaan dalam Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

"Perjuangan kita sebagai ahli parti, dalam perlembagaan UMNO, sama dengan Perlembagaan Malaysia. Apabila kita jadi kerajaan perpaduan, itulah ukuran pertama kita sebagai ahli parti, iaitu memperjuangkan, mempertahankan dan memberi perlindungan kepada isu utama kita dalam Perlembagaan... isu orang Melayu, agama Islam dan Raja Melayu," ujarnya.

Jelas beliau, kekuatan UMNO adalah dari akar umbi yang tidak membenarkan sebarang unsur sabotaj dalam sistem mereka.

Iklan

"Rezeki tak salah alamat, kalau kita punya, kitalah. Kalau tak ada, tak mengapalah. Tapi sekarang Allah sudah beri peluang kita jadi kerajaan negeri, kenapa tidak?

"Takkan itu pun tak boleh sumbang? Takkan selamanya nak dalam situasi kerajaan negeri dan kerajaan pusat tidak seiring? Saya tak nak masuk bab negeri lain, sekarang ramai betul yang sensitif, mengamuk maki hamun sana sini.

Iklan

"Cuba bertenang. Kita orang politik... memang semua orang nak menang tetapi kalau kita kalah, kena muhasabah diri, jangan sabotaj. Saya yakin premis game changer yang nak tukar kerajaan pusat ini susah nak dilaksanakan," katanya ketika menjadi panel sesi townhall bertajuk 'Apakah Peranan UMNO Dalam Kerajaan', pada Isnin.

Tambah beliau, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai pemimpin tertinggi dalam parti dan kerajaan membantu menstabilkan lagi sistem, manakala kebersamaan kerajaan negeri dan pusat akan memudahkan rakyat dibantu.

"Saya sebenarnya tak faham persepsi pengundi, khususnya pengundi muda, tentang siapa yang patut dipilih sebagai pemimpin. Konon katanya tak mengapalah, bagi Perikatan Nasional menang, lima tahun saja.

"Kita sebagai pemimpin, apabila rakyat minta bantuan, kita tak boleh tolak. Tetapi kalau kerajaan pusat dan negeri bersama, lagi senang nak bantu rakyat," katanya lagi. - Awani