Mesin imbas bayi di klinik kerajaan uzur, ketinggalan zaman

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

BARU-baru ini seorang suri rumah berkongsi pengalaman nyaris kehilangan zuriat apabila dikatakan keguguran selepas melakukan imbasan kandungan di sebuah klinik kerajaan.

Wanita itu diminta hadir semula ke klinik berkenaan untuk ‘mencuci’ rahim. Namun naluri seorang ibu itu kuat, dia pergi ke klinik swasta untuk melakukan imbasan sama bagi mendapatkan kepastian.

Iklan
Iklan

Tidak disangka, mesin pengimbas di klinik swasta berjaya mengesan denyutan bayi dan disahkan telah mengandung dua bulan. Kini bayi perempuan yang comel itu juga selamat dilahirkan.

Merak Jalanan beranggapan mungkin mesin pengimbas di kinik kerajaan ketika itu rosak atau dikendalikan oleh jururawat biasa, memandangkan doktor pakar sibuk menguruskan hal lebih penting.

Iklan

Mungkin ia hanya kes terpencil, tetapi rupa-rupanya ramai lagi wanita yang mempunyai pengalaman sama.

Mereka masing-masing berkongsi kisah di ruangan komen video berkenaan dengan mendakwa mesin pengimbas kandungan di klinik kesihatan sudah uzur dan ketinggalan zaman.

Iklan

Jika tersilap jantina bayi, ia bukan perkara serius namun kesilapan menentukan status nyawa kandungan menerusi kadar denyutan nadi, ia tidak boleh dipandang remeh.

Mereka yang berkemampuan, sudah pasti akan melakukan sekali lagi imbasan di klinik swasta.

Tetapi bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan, sudah pasti meletakkan kepercayaan penuh kepada klinik kerajaan.

Memandangkan ini bukan perkara baharu, mereka minta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membekalkan mesin pengimbasan lebih berkualiti untuk kegunaan klinik kerajaan.

Mesin pengimbas sangat penting bagi melihat perkembangan bayi selain mengesan komplikasi awal, penyakit dan kecacatan.

Jika mesin pengimbas berkualiti, ia dapat mengelak sebarang kesilapan tafsiran mengenai pertumbuhan bayi.