Pentas politik hangat dengan fitnah

Iklan
Fadhlina Sidek dan Muhammad Sanusi

BELUM lagi tiba masanya kempen pilihan raya negeri (PRN), namun kini media sosial semakin hangat dengan cerita yang mengaitkan ahli politik di blok kerajaan dan pembangkang.

Kebanyakan berita yang dikongsikan oleh pihak-pihak tertentu tidak mengandungi fakta dan informasi tepat sehingga membawa kepada fitnah berleluasa.

Iklan
Iklan

Pada Isnin, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat laporan polis berhubung fitnah yang dilakukan mengenai isu azan. Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal itu telah diputar belit sehingga boleh menjatuhkan reputasinya.

Bukan itu sahaja, terdapat juga maklumat palsu yang dinafikan oleh Pas berkaitan mengajak seramai 200,000 ahlinya untuk turun ke Mahkamah Sesyen Selayang bagi memberi sokongan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkenaan isu didakwa terhadap pertuduhan mempertikaikan pelantikan Menteri Besar Selangor.

Iklan

Bagaimanapun, pihak yang menyebarkan berita berunsurkan fitnah itu masih belum diketahui dan ia seolah-olah mahu mahu menjatuhkan lawan.

Fitnah membabitkan ahli politik secara langsung menyebabkan orang ramai terutamanya pengguna media sosial berasa sangsi terhadap pemimpin yang mereka percaya.

Iklan
Muhammad Sanusi

Seperti diketahui umum, media sosial merupakan perantara yang digunakan oleh masyarakat kini khususnya anak muda untuk mendapatkan informasi tidak kira berkaitan ekonomi, politik, hiburan atau masakan.

Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan belia terutamanya remaja yang baharu pertama kali mahu mengundi mungkin akan hilang kepercayaan terhadap parti pilihan.

Sudah tentu golongan tersebut berasa kecewa terhadap isu yang mengaitkan ahli politik pilihan mereka walaupun berita itu hanya fitnah semata-mata.

Kebanyakan mereka tidak mengetahui percaturan politik yang sebenar sehinggakan menemui jalan buntu dan tidak tahu untuk menyokong mana-mana parti.

Oleh yang demikian, politik kotor dengan menabur fitnah terhadap lawan adalah bukan satu tindakan yang tepat kerana ia akan mempengaruhi undi belia.

Bentuk politik itu tidak sepatutnya diwariskan kepada generasi akan datang kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara.

Justeru, ahli politik pada masa kini perlu menunjukkan sikap percaturan politik yang baik dan matang serta membahas kenyataan dengan menggunakan fakta sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Kedah ditahan

'Saya faham, tidak mengaku Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Penyokong, ahli Pas perlu bertenang, hormati proses perundangan

Petugas media, polis penuhi pekarangan Mahkamah Selayang