Petugas media, polis penuhi pekarangan Mahkamah Selayang

Iklan
Anggota polis lengkap bersenjata mengawal keadaan di mahkamah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.

SELAYANG - Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjadi tumpuan orang ramai apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dipercayai akan didakwa di dua mahkamah berasingan.

Pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu berdepan dua pertuduhan yang akan dibaca di dua mahkamah berasingan, di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.

Iklan
Iklan

Pemimpin Pas ini dilaporkan akan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 iaitu perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Seawal jam 7 pagi, lebih 30 pengamal media memenuhi pekarangan mahkamah meskipun pertuduhan dijangka pada jam 10 pagi.

Seawal jam 7 pagi, lebih 30 pengamal media memenuhi pekarangan mahkamah meskipun pertuduhan dijangka pada jam 10 pagi.

Iklan

Sehingga jam 8.40 pagi Selasa, pihak media masih menunggu ketibaan Muhammad Sanusi dan penyokong-penyokongnya.

Puluhan anggota polis lengkap bersenjata mengawal keadaan di mahkamah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Iklan
Anggota polis lengkap mengawal keadaan di pintu masuk mahkamah sebagai langkah berjaga-jaga.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Kedah ditahan

'Saya faham, tidak mengaku Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Penyokong, ahli Pas perlu bertenang, hormati proses perundangan

Petugas media, polis penuhi pekarangan Mahkamah Selayang