Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Iklan
Kenderaan polis yang membawa Muhammad Sanusi memasuki perkarangan Mahkamah Seksyen Selayang pada Selasa.

SELAYANG - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memasuki Mahkamah Sesyen di sini pada jam 9 pagi Selasa bagi menghadapi dua pertuduhan mengikut Akta Hasutan.

Pemimpin Pas yang memakai kemeja putih, dibawa pihak polis menerusi laluan lokap mahkamah tanpa melalui lensa kamera pengamal media yang menunggu sejak jam 7 pagi.

Iklan
Iklan

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri ini turut ditemani peguamnya, Datuk Shaharuddin Ali dan Wan Rohimi Wan Daud.

Pertuduhan terhadap Muhammad Sanusi akan dibaca pada jam 10 pagi di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.

Iklan
Iklan