Arteta lega proses beli pemain lancar

Iklan
Arteta - Foto Agensi.

JURULATIH Arsenal, Mikel Arteta meluahkan rasa puas hati dengan proses perpindahan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) berjalan dengan lancar.

Kepantasan itu membolehkan The Gunners memantapkan pasukan menerusi pembelian tiga pemain baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Arsenal mengikat Declan Rice dari West Ham United dengan nilai 105 juta pound (RM623 juta) Sabtu lalu.

Pemain tengah England itu yang ketiga ditandatangani selepas mendapatkan Kai Havertz dan Jurrien Timber.

Iklan

"Rasa puas hati. Kami berjaya mendapatkan pemain yang kami mahu.

"Mereka pula mempunyai peluang terbaik untuk mempamerkan kebolehan sebenar," katanya.

Iklan

Menurut Arteta, kepantasan proses dan urusan pembelian pemain pada jendela perpindahan ketika ini memberi mereka lebih masa untuk bersiap sedia.

"Setiap pemain baharu memberi keistimewaan kepada pasukan," katanya.

Arsenal dijadualkan memulakan musim baharu di tempat sendiri dengan menentang Nottingham Forest pada 12 Ogos.