Lima terbunuh, pesawat ringan langgar hangar di Poland

Iklan
Sebuah pesawat Cessna melanggar hangar lapangan terbang di Poland pada Isnin. - Foto AFP

WARSAW - Lima orang terbunuh dan lima lagi cedera selepas sebuah pesawat Cessna melanggar hangar lapangan terbang di Poland pada Isnin, lapor Xinhua.

Ketua Komandan Perkhidmatan Bomba Poland, Andrzej Bartkowiak, menerusi media sosial mengesahkan pesawat itu melanggar hangar tempat orang berteduh di bandar Chrcynno.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pesawat itu mendarat ketika cuaca buruk yang mungkin menyebabkan kemalangan itu.

Seorang juruterbang meninggal dunia, seorang lagi cedera, manakala juruterbang ketiga selamat, lapor Agensi Akhbar Poland memetik Monika Nowakowska-Brynda dari Perkhidmatan Bomba Negeri.

Iklan
Iklan

Mangsa lain terdiri mereka yang berlindung di hangar itu, namun identiti mereka masih belum dikenal pasti. - Bernama/Xinhua