Perubatan Melayu di Alaf Baharu: Hilang atau Gemilang

Iklan
Wan Mohd Azizi

TREN penyakit dan jangkitan di alaf baharu telah mencatatkan sejarah baharu dunia, setelah pasca pandemik Covid-19 yang telah merubah ekosistem penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit.

Banyak kajian telah dilakukan menunjukkan betapa kelemahan dan rapuhnya sistem kesihatan dunia sekarang.

Iklan
Iklan

Statistik seluruh dunia, menunjukkan kadar jangkitan seramai 700 juta dengan kematian sebanyak 7 juta manakala di Malaysia sebanyak 37 ribu kematian.

Penggunan vaksin telah menjadi satu kewajipan kepada semua negara dengan penggunaan dos ketiga dan keempat, malah di jadikan salah satu syarat sah untuk perjalanan keluar negara.

Iklan

Namun begitu, kadar keberkesanan dan kesan jangkapanjang menjadi isu perdebatan dalam kalangan pengkaji dan pengamal polisi kesihatan negara di dunia.

Malah banyak lebihan dan pembaziran vaksin yang telah di beli yang telah dilupuskan, malah menjadi beban kewangan.

Iklan

Dengan kompleksiti masalah penyakit dan jangkitan terutama virus menyebabkan penggunaan kaedah dan ubatan tradisional telah menjadi pilihan pesakit dan masyarakat terutama aspek penjagaan kesihatan dan rawatan.

Banyak juga penemuan kajian mengenai kesan imunomodulator dan aktiviti antivirus makanan tertentu dan herba pada virus influenza dan coronavirus telah dikumpulkan, dengan tujuan untuk menggalakkan penggunaan terapi pemakanan dan perubatan herba sebagai terapi pencegahan Covid-19, manakala ubat dan vaksin khusus masih belum ditemui atau masih dalam pembangunan.

Di Malaysia, Akta Perubatan Tradisional 775 pada tahun 2016 telah diperkenalkan dengan fokus 5 bidang utama iaitu Melayu, Islam, Cina, India dan Komplementari.

Persoalannya, apakah kewujudan Perubatan Melayu di alaf baru dunia perubatan moden masih lagi relevan ataupun sesuai dengan keperluan semasa.

Pihak KKM telah pun mengadakan langkah awal pendekatan kaedah pembuktian rawatan bidang amalan, siri taklimat pengamal, kursus sijil kompetensi pengamal serta modul peringkat diploma dan ijazah di bawah seliaan dan kelolaan Bahagian Perubatan Tradisional KKM.

Secara dasarnya amalan Perubatan Melayu ini telah lama di amalkan semenjak kurun ke 16 lebih awal daripada sistem Perubatan Moden yang ada hari ini.

Malah jika dilihat kepada kajian kepada kitab dan buku rujukan se awal kurun ke 16 di Acheh Kitab Bustanus Salatin oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri (1656), demikian juga Kitab Tayb oleh Syeikh Abdullah Ahmad al-Fatani.

Mengikut kajian oleh Datuk Harun Mat Piah Tokoh Perubatan Melayu, bidang ilmu perubatan ini terdapat dalam korpus yang lebih besar, luas dan pelbagai diabadikan dalam bentuk tulisan, khususnya melalui naskhah atau manuskrip Melayu yang tersimpan dalam pelbagai koleksi Dunia.

Setakat ini dianggarkan khazanah ini berjumlah sekitar 22,000 naskhah, termasuk 4,000 naskhah di Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia dan yang lain di Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaya, muzium-muzium negeri dan luar negeri.

Setakat ini hanya 4 bidang amalan telah pun diluluskan oleh KKM melalui Majlis Perubatan Tradisional iaitu Urutan, Herba, Perbidanan dan amalan Doa.

Mengikut Akta 775 ini juga mewajibkan kesemua pengamal mestilah berdaftar dengan KKM pada tahun 2024 dikuatkuasakan sijil pengamal dan premis.

Apakah cabaran dan persediaan kepada pengamal perubatan melayu di bawah Akta 775 ini.

Saya gariskan ada 5 cabaran utama, pertama senarai keahlian pengamal yang berdaftar di anggarkan seramai 10 ribu orang mengikut satu kajian, mengikut semakan terkini kurang daripada seribu pengamal yang telah berjaya mengikuti kursus serta mempunyai kelayakan awal.

Kedua, tiada institusi ataupun ipt yang menawarkan kursus Kemahiran/Diploma ataupun ijazah.

Faktor ini akan memberi kesan dan impak terhadap pengembangan dan amalan perubatan melayu yang sudah pun terancam dengan kekurangan tenaga pakar dan pengamal.

Ketiga, perlu di wujudkan badan ataupun sekretariat perubatan Melayu di peringkat Nasional untuk merancang dan mengatur perkembangan dan kemajuan sebagai khazanah ilmu dan budaya tradisi warisan bangsa nusantara dan negara.

Keempat, saya kira sudah sampai masa sebagai Kerajaan Perpaduan terutama di bawah Malaysia Madani yang membawa 6 teras gagasan terutama dalam bidang Kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan.

Satu dasar dan peruntukan kewangan yang jelas bagi pembangunan keunggulan budaya bangsa Perubatan Melayu.

Kelima, kesemua badan pengamal dan pengamal serta pemegang taruh mestilah bersatu ke arah matlamat pembangunan semula kegemilangan dan kajian keberkesanan bidang amalan yang telah di tinggalkan.

Inisiatif dan langkah awal pihak KKM telah meletakkan perubatan dalam posisi yang sangat baik untuk di kembang maju, namun langkah drastik dan strategik di perlukan untuk melonjakkan semula bidang ini sebagai satu khazanah budaya bangsa dan juga bidang industri yang di majukan semula seperti perubatan Cina dan India yang mencecah pasaran billion ringgit.

Benarlah pepatah Hang Tuah"Takkan Melayu Hilang di Dunia” serta"Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”.

*Profesor Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI)