SAN FRANCISCO - AMERIKA SYARIKAT. Facebook dilaporkan memadam beberapa halaman, kumpulan dan akaun berkaitan Rusia yang digunakan untuk menyebar maklumat mengelirukan di platform tersebut dan juga Instagram.
Syarikat media sosial terbabit memadam 97 akaun dari Rusia yang memfokuskan terhadap Ukraine dan 21 lagi akaun yang memfokuskan Austria, Jerman, Sepanyol dan United Kingdom.