Rara buat laporan polis terhadap pempengaruh

Iklan
Young Syefura

BENTONG - Satu laporan polis dibuat terhadap seorang pempengaruh yang mengeluarkan kenyataan seksisme dan berunsur lucah terhadap Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Laporan itu dibuat oleh pegawai khas ahli Parlimen tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada Isnin.

Iklan
Iklan

Jelas Young Syefura yang mesra dipanggil Rara itu, perbuatan pempengaruh itu dimuat naik ke akaun TikTok dan Instagramnya yang kemudiannya tular.

Menurutnya,di dalam video tersebut, pempengaruh terbabit telah menyebut beberapa perkataan lucah berserta lenggok bahasa badan yang telah menyebabkan dirinya tidak selesa.

Iklan

"Saya terbuka jika ada yang mempertikaikan pandangan dan idealogi politik saya. Setiap daripada kita berhak mempunyai pandangan masing-masing.

Dalam video tersebut, pempengaruh itu berkata sedemikian merujuk kepada ucapan Ahli Parlimen Bentong dipercayai dalam Program Jelajah Perpaduan Madani Kedah pada Sabtu.

Iklan

Ujar beliau, menyatakan seksisme dan gangguan sebegini sememangnya acap kali dihadapi oleh kaum wanita waima apa jua bidang kerja mereka dan ia bukanlah sesuatu yang normal dan perlu dihentikan.

Jelas Rara lagi, wanita berhak hidup di dalam persekitaran yang selamat tidak kira di mana jua mereka berada tanpa sebarang ancaman yang boleh menimbulkan ketakutan serta rasa tidak selesa.

"Tujuan saya membuat laporan tersebut adalah untuk memberikan pengajaran kepada semua pelaku jenayah gangguan seksual.

"Ia juga adalah untuk menggalakkan mangsa-mangsa jenayah gangguan seksual lain untuk berani tampil ke hadapan, tidak kira lelaki atau wanita," ujarnya.