PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MOF) menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung saman yang difailkan syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza.
Bercakap di sidang akhbar Majlis Perkhidmatan Cemerlang Perbendaharaan Tahun 2022, Timbalan Menteri I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, terlalu awal untuk kementerian mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.