Angka kematian serangan Israel meningkat 27 orang

Iklan
Seorang bayi berusia 14 bulan dan ibu saudara bayi itu turut maut dalam serangan udara Israel di Gaza.

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Kementerian Kesihatan Palestin berkata, jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 27 orang.

Semalam, dua lagi mayat ditemui di bawah sisa runtuhan bangunan yang musnah sama sekali akibat dibedil jet Israel di utara Bandar Gaza.

Iklan
Iklan

Mangsa dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri, Talal Abu al-Jidian, 48, dan Raghda Mohammed Abu al-Jidian, 40.

Anak lelaki pasangan terbabit, Abdul Rahman al-Jidian, 12, turut terkorban dalam serangan itu dan mayatnya ditemui beberapa jam lebih awal.

Iklan

Sementara itu, pihak berkuasa Gaza memaklumkan dua wanita sarat mengandung dan dua bayi turut menjadi mangsa serangan udara Israel sejak Jumaat lalu.

Tambahnya, lebih 150 orang lagi cedera. - Agensi

Iklan