Presiden Kelantan Custom Rare Syazwan Saupi (kiri) bersama ahli kelab bergambar kenangan selepas melakukan persiapan akhir sebelum memulakan misi 'menawan' Semenanjung Malaysia menggunakan motosikal klasik Honda C70 bermula malam ini hingga Ahad ketika ditemui Bernama di Pasir Pekan.
Biarpun rata-rata jentera dua roda milik mereka berusia puluhan tahun malah ada yang hampir mencecah 50 tahun, ahli kelab permotoran tersebut tidak gentar untuk menjayakan misi lima hari itu.
Iklan
Iklan
Program Jejak Semenanjung Malaysia itu dijayakan oleh 50 peserta berumur antara 31 hingga 62 tahun.
Peserta konvoi terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti guru, imam masjid, pegawai bank dan pemandu lori. Konvoi bermula dari Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan sebelum perjalanan diteruskan ke Terengganu dan Pahang.
Selepas melalui negeri Pantai Timur, peserta akan meneruskan perjalanan ke Selatan iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan.
Peserta kemudian akan ke Selangor, Kuala Lumpur, Perak sebelum perjalanan diteruskan ke negeri-negeri di utara Semenanjung hingga ke Perlis sebelum berpatah balik ke Kelantan.
Artikel Berkaitan