KPKT peruntuk RM1.45 juta kepada MBPJ laksana projek naik taraf

Iklan
Kor Ming

PETALING JAYA - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM1.45 juta kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi melaksanakan tiga projek menaik taraf kemudahan awam demi kesejahteraan rakyat dengan segera.

Menterinya. Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu disediakan menerusi Program Sentuhan Kasih KPKT.

Iklan
Iklan

"Dua lagi projek masing-masing membabitkan peruntukan RM550,000 bagi naik taraf bumbung serta kerja-kerja di Dewan Komuniti MBPJ dan Gerai Selera Impian," katanya kepada pemberita selepas sesi jelajah mesra dan perasmian Projek Penggantian Lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara pada Selasa.

Pada majlis itu, sebanyak 12 unit lif di Blok A, B,C, dan D di PPR Kota Damansara telah siap digantikan dengan jumlah kos sebanyak RM3.7 juta di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP).

Iklan

"Penyaluran peruntukan ini adalah bertujuan memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk di PPR Kota Damansara sentiasa terjamin," katanya.

Sementara itu, Kor Ming telah meminta Ketua Pengarah Kerajaan Tempatan untuk berbincang dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) berhubung seorang wanita pemilik salun yang dikompaun RM100 kerana melanggar undang-undang kecil (UUK) MPKB apabila membenarkan pekerja wanitanya memotong rambut pelanggan lelaki.

Iklan

"... ia (perbincangan) supaya UUK ini sekiranya boleh dipinda supaya kejadian ini tidak berulang pada masa depan. Ini adalah kejadian yang sebenarnya boleh dielakkan.

"Sukacita saya mengingatkan kepada semua PBT, ini adalah negara berbilang kaum, bangsa dan agama. Oleh itu, sikap hormat-menghormati adalah sangat penting dalam menjaga keharmonian," katanya.

Sebelum ini, MPKB telah mengenakan kompaun terhadap seorang peniaga wanita kerana berpakaian tidak sopan apabila hanya berseluar pendek sehingga pangkal paha di tempat awam pada Jun lepas. - Bernama