Murung, kekangan hidup punca ibu serah anak kepada pusat penjagaan - Polis

Iklan
Kanak-kanak perempuan yang tular di media sosial kononnya diabaikan ibunya kerana berkahwin baru. - Foto tular

PASIR GUDANG - Tiada elemen pengabaian, penderaan atau gangguan seksual dikesan ke atas kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang tular di media sosial kononnya dibuang oleh ibunya kerana berkahwin baru.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan polis mendapati ibu kanak-kanak yang berusia 38 tahun itu mempunyai masalah kemurungan 'depression disoder' dan sedang mendapatkan rawatan bulanan di Hospital Permai, Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Jelasnya, ibu kanak-kanak itu telah membuat laporan polis kira-kira jam 8.20 pada Ahad, untuk menyerahkan dengan rela hati anaknya itu kepada pusat jagaan kanak-kanak perempuan TBQ amal di kawasan Johor Bahru atas sebab kekangan hidup.

"Sebelum itu, lebih kurang jam 8 malam pada Sabtu, seorang pengurus taska di Taman Scientex di sini, telah datang ke Balai Polis Taman Scientex untuk menghantar kanak-kanak tersebut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Iklan

"Ibu kanak-kanak itu tidak sanggup menjaga kanak-kanak tersebut dan kanak-kanak itu juga dikatakan pernah lari dari rumah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Mohd Sohaimi, kes dirujuk kepada JKM dan kanak-kanak itu kini berada di Pusat Jagaan Kanak-kanak Perempuan TBQ Amal Johor Bahru.

Iklan

"Orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham masyarakat," ujarnya.