Kira-kira 3,000 peserta melibatkan 60 kontinjen terdiri daripada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi awam (IPTA), persatuan dan badan bukan kerajaan pelbagai etnik di Sarawak telah mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.
Pelbagai acara turut diadakan sempena sambutan itu antaranya Majlis Jamuan Negeri, Konsert Rakyat dan Persembahan Bunga Api serta Perarakan Kapal Berhias.
Tarikh 22 Julai telah diisytiharkan sebagai cuti umum untuk negeri Sarawak oleh mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem pada 23 April 2016 bagi menghormati dan mengingati pengorbanan serta sumbangan pemimpin-pemimpin masa lalu yang telah berjuang untuk kemerdekaan Sarawak.
Raptai Hari Sarawak 2023
Iklan