Pendakwaan terhadap Sanusi tak akan sebabkan 'gelombang hijau'

Iklan
Salahuddin, Sanusi

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) yakin pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini tidak akan menyebabkan 'gelombang hijau' di enam negeri yang terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ini kerana rakyat sedar tindakan mahkamah tersebut dibuat berlandaskan undang-undang negara dan bukan bermotifkan politik.

Iklan
Iklan

"Saya rasa anak-anak muda, orang (masyarakat) Melayu sebenarnya faham apa akhlak dan budi pekerti orang Melayu yang sepatutnya. Saya tidak rasa ia akan menjadi gelombang besar untuk rakyat menyokong tokoh politik seperti ini.

"Rakyat boleh menilai dan untuk itu berpeganglah pada prinsip, jangan melampau ataupun melampaui batas," katanya kepada pemberita pada program pelancaran Inisiatif Payung Rahmah bersama Air Asia Superapp di KL Sentral pada Selasa.

Iklan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas, Pusat Datuk Awang Hashim pada Selasa yang mendakwa proses pendakwaan terhadap Sanusi dilakukan kerana tarikh PRN sudah semakin hampir.

Pagi tadi, Sanusi, 48, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lepas.

Iklan

Sanusi, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara - Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, 11 Julai lepas.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah