[VIDEO] Penahanan, pendakwaan Sanusi tiada kaitan PRN - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad zahid

KUALA LUMPUR - Penahanan dan pendakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada 12 Ogos depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata, penahanan Sanusi dibuat selepas mengambil kira beberapa fakta untuk beliau menghadapi pertuduhan di mahkamah mengikut Akta Hasutan.

Iklan
Iklan

"Isu Sanusi belum selesai, pada hemat saya secara peribadi, Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan ke atas beliau bukan soal pilihan raya, bukan soal titah Tuanku.

"Tetapi kita dapati beberapa fakta yang difikirkan oleh Jabatan Peguam Negara ada kes yang kuat untuk membawa beliau ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan," katanya kepada media selepas menyempurnakan Hari Anugerah Pendidik Mara 2023 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Iklan

Pagi tadi, Sanusi, 48, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lepas.

Sanusi, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

Iklan

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Kedah itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara - Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, 11 Julai lepas.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu Zahid berkata, mahkamah adalah platform terbaik untuk Sanusi menjawab tuduhan serta mempertahankan dirinya.

"Saya pun pernah dibawa ke mahkamah... setiap pertuduhan itu kalau dibuat pengakuan secara terus maka hakim akan membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman.

"Beliau mempunyai kaedah yang sama... tetapi soalnya sekarang ini kalau kita membaca titah Tuanku melalui kenyataan yang dikeluarkan, bahawa isu Sanusi belum selesai.

"Mungkin itu sebabnya pihak Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap beliau," katanya.

Ketika ditanya mengenai kedudukan Sanusi dalam PRN akan datang, Zahid memberitahu segalanya masih dalam proses mahkamah, malah beliau belum lagi dijatuhkan hukuman.

"Ini bukan kesalahan jenayah dan beliau belum dijatuhkan hukuman," katanya. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah