Mayat remaja lemas ditemui terdampar

Iklan
Mayat remaja berkenaan ditemui terdampar tidak jauh dari lokasi di pantai Tanjung Aru Menumbok. Gambar kecil: Haibil

LABUAN - Remaja yang dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Tanjung Aru Menumbok pada Isnin, akhirnya ditemukan terdampar di tepi pantai tidak jauh dari lokasi kejadian.

Mayat Haibil Abdo, 17, ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 4.30 petang Selasa.

Iklan
Iklan

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan selepas mayat mangsa ditemui.

"Waris telah membuat pengecaman mayat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sinar Harian melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ombak ketika mandi di pantai bersama rakannya pada jam 6 petang Isnin.

Iklan