Mohon jangan sekat peniaga cari rezeki

Iklan
Nik Saiful Adli Burhan

KOTA BHARU - Kerajaan negeri boleh mempertimbangkan kembali arahan penutupan dan menghentikan sementara operasi kedai makan di bulan puasa yang dikeluarkan melalui satu surat semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Komuniti Kedai Melor (PKKM), Nik Saiful Adli Burhan berkata, arahan tersebut adalah sangat positif untuk membawa kebaikan kepada masyarakat, namun ia tetap perlu diperhalusi sebelum diputuskan.

Iklan
Iklan

"Ibadah solat sunat tarawih hukumnya sunat dan waktunya adalah panjang daripada Isyak sehingga sebelum Subuh.

"Sepanjang Ramadhan, peniaga kedai makan sememangnya tidak boleh berniaga di siang hari, maka perlu mencari rezeki berganda di waktu malam.

Iklan

"Selalunya ia terhad sehingga jam 12 malam bagi memberikan ruang untuk berehat, qiamullail dan bersahur.

"Jika hendak beribadat sunat 24 jam sekalipun, tidak perlu paksa orang lain hingga menjejaskan rezeki mereka yang terpaksa bekerja lebih waktu malam untuk hari raya anak-anak mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Nik Abduh minta kerajaan Kelantan tarik balik arahan

Beliau mengulas isu surat pekeliling yang tular dilaman-laman sosial mengenai arahan menutup dan menghentikan sementara operasi kedai makan dan restoran pada jam 8.30 malam hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan ini.

Surat arahan yang ditanda tangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Adnan Hussin itu adalah bagi memastikan semua pihak dapat menghormati bulan Ramadan dan menggalakkan umat Islam menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau.

Saiful berkata, Islam meletakkan fleksibiliti kepada ibadat sunat mengikut kemampuan masa dan keupayaan hamba-Nya dan berharap agar arahan tersebut dapat dipertimbangkan semula bagi memberi keselesaan kepada orang ramai.

"Semoga kerajaan negeri mempertimbangkan semula arahan ini, demi kemaslahatan ummah dan mempromosikan pesta ibadah Ramadan dengan penuh hikmah,” katanya.