Kes Sanusi boleh timbulkan kebencian terhadap institusi diraja

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Razarudin

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kes yang dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada peringkat yang berbeza kerana melibatkan institusi diraja.

Ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berbanding kes sama melibatkan isu 3R (agama, raja dan kaum) yang disiasat melibatkan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kes melibatkan Sanusi dilihat pada peringkat yang berbeza kerana melibatkan institusi diraja.

"Secara umumnya kes melibatkan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng dan kes Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ini sama iaitu berkaitan isu 3R, namun kita perlu lihat secara holistik.

Iklan
Iklan

"Kes Sanusi berkaitan Agong dan juga Sultan Selangor, yang mana perkara ini juga menimbulkan ketidakpuashatian Ahli Dewan Diraja Selangor yang turut membuat laporan polis berkaitan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berkaitan kes sama dihadapi oleh Guan Eng ketika ini berkaitan isu 3R dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Selasa.

Iklan

"Jika dibiarkan kenyataan yang bersifat sebegini, ia akan mendatangkan sentimen penghinaan terhadap raja-raja," katanya.

Pada Selasa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan menghasut dengan mengaitkan pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah, minggu lalu.

Iklan

Sanusi, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.