Amran tidak akan berhenti derma darah

Iklan
Amran menerima Anugerah Penderma Bakti Setia daripada Ahli Lembaga Pelawat Hoshas kelmarin.

TEMERLOH - Bermula dengan membantu adik iparnya yang memerlukan darah, kini menjadi rutin Amran Ibrahim, 52, menderma darah.

Keprihatinan penjawat awam itu menyebabkan dia terpilih menerima Anugerah Penderma Bakti Setia daripada Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini kelmarin.

Iklan
Iklan

Bapa kepada tiga anak itu sudah 100 kali menderma darah di hospital terbabit.

Amran berkata, dia berasa lebih sihat dan cergas selepas menjadikan aktiviti menderma darah sebagai rutin sejak berusia 23 tahun hingga kini.

Iklan

"Memang ada perubahan. Saya rasa lebih cergas dan tidak menghidap sebarang penyakit.

"Kalau ada yang kata lepas menderma menjadi lebih berisi ternyata tidak benar kerana hingga sekarang berat badan masih macam biasa.

Iklan

"Selain aktif menderma di Hoshas saya juga menderma di hospital lain jika berkesempatan. Namun saya pernah berhenti seketika atas sebab-sebab tertentu sebelum kembali aktif menderma darah,” katanya.

Dia ditemui pemberita pada program ‘Setitis Darah Seribu Harapan’ anjuran Ahli Lembaga Pelawat Hoshas di sini.

Hadir sama, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hoshas, Addil Abu Mansor dan Pegawai Perubatan Patologi Hoshas, Dr Marzuki Yusof.

Amran berkata, rutin menderma darah itu turut dicontohi isteri dan anak-anaknya.