PM terima kunjungan Mufti Besar India

Iklan
Anwar hari ini menerima kunjungan Mufti Besar India dan juga Pengasas Jamia Markaz, Kerala, India Al-Allamah Syeikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari di pejabatnya di Putrajaya. Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Mufti Besar India dan juga Pengasas Jamia Markaz, Kerala, India Al-Allamah Syeikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari di pejabatnya di Putrajaya.

Perdana Menteri berkata, beliau berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Syeikh Abu Bakar di atas kunjungan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Syeikh Abu Bakar dijangka menghadiri beberapa sesi majlis ilmu termasuk Seminar Penghayatan Sahih Al-Bukhari dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan pada 22 Julai di Putrajaya yang akan turut dihadiri beliau sendiri.

Anwar berkata, pada tahun lepas beliau diundang oleh Syeikh Abu Bakar ke Jamia Markaz yang dipimpin beliau dan terletak dalam bandar ilmu, Markaz Knowledge City di Kozhikode, Kerala.

Iklan

Katanya, ketika berada di Kerala untuk beberapa hari beliau menekuni beberapa inisiatif pembangunan umat, selain meluangkan masa menyantuni anak-anak yang menuntut di sana. - Bernama

Iklan