Djokovic didenda RM36,280, gara-gara hempas raket

Iklan
Djokovic didenda selepas menghempas raketnya ke tiang jaring semasa menentang Alcaraz dalam perlawanan akhir tenis perseorangan lelaki Wimbledon pada Ahad. - Foto Agensi

PEMAIN nombor dua dunia, Novak Djokovic didenda AS$8,000 (RM36,280) selepas menghempas raketnya ke tiang jaring semasa perlawanan akhir perseorangan lelaki di Wimbledon pada Ahad.

Kelab Lawn Tenis All England mengesahkan Djokovic dikenakan penalti kerana penyalahgunaan raket semasa kekalahannya kepada pemain Sepanyol, Carlos Alcaraz.

Iklan
Iklan

Djokovic menunjukkan kekecewaannya selepas gagal mengatasi pemain nombor satu dunia Alcaraz sebelum kehilangan mata sewaktu servis di tangannya semasa set kelima penentuan perlawanan di Centre Court.

Pengadil Fergus Murphy, yang terdahulu memanggil pemain Serbia itu kerana pelanggaran masa kemudian mengeluarkan amaran untuk pelanggaran kod.

Iklan

Kekecewaan pemain Serbia berusia 36 tahun tersebut bertambah apabila pemain berusia 20 tahun itu memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk melakar kemenangan 1-6, 7-6 (8-6), 6-1, 3-6, 6-4 selepas empat jam 42 minit.

Kemenangan Alcaraz sekali gus menafikan Djokovic gelaran Grand Slam ke-24 dan yang kelapan di Wimbledon.

Iklan