PM buat pemeriksaan mengejut di dua buah sekolah

Iklan
Anwar melakukan pemeriksaan mengejut di dua buah sekolah hari ini semasa menghadiri program di Sekinchan, Selangor. Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pemeriksaan mengejut di dua buah sekolah hari ini semasa menghadiri program di Sekinchan, Selangor.

Dua sekolah berkenaan ialah Sekolah Rendah Agama Ehyaul Falah dan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur yang terletak dalam kawasan Parlimen Sungai Besar.

Iklan
Iklan

Anwar berkata, sebelum pulang beliau sempat memeriksa tandas sekolah untuk meninjau bagaimana pihak sekolah menjaga kebersihan dan apakah keperluan dan kemudahan asas berfungsi dan mencukupi.

"Saya amat berharap anak-anak ini dapat belajar bersungguh-sungguh dan hormati para guru serta wajib jaga kebersihan,” katanya.

Iklan

Bulan lepas Perdana Menteri membangkitkan mengenai isu tandas sekolah kotor yang disifatkannya sebagai tidak berkesudahan.

Menurut Anwar, beliau mengetahui mengenai keadaan tandas sekolah yang kebanyakan rosak dan kotor namun kemudahan asas itu kekal tidak terjaga seolah-olah dibiarkan pihak yang bertanggungjawab sehingga ada murid tidak ke tandas sepanjang waktu persekolahan.

Iklan

Perdana Menteri juga dilapor telah mengarahkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk membuat semakan mengenai perkara itu.

Anwar sebelum ini turut dilaporkan berkata anak-anak di sekolah perlu dididik aspek kebersihan termasuk dilatih melaksanakan aktiviti mencuci tandas sebagai satu daripada aspek pembelajaran dan ia perlu dilaksanakan tanpa mengira kedudukan ibu bapa mereka. - Bernama