Buat garis panduan jelas hala tuju ekonomi gig - Wan Agyl

Iklan
(Dari kiri) Ismail Adnan sebagai moderator dan Wan Agyl bersama Ikmal Shahrin dan Bryan Ng Yih Miin menerusi Wacana Sinar Harian edisi ke-406 bertajuk ‘P-Hailing: Ke Mana Hala Tuju?’ pada Selasa. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

SHAH ALAM - Kerajaan perlu membuat satu garis panduan yang jelas dalam menentukan hala tuju industri ekonomi gig di negara ini.

Bekas Ketua Bahagian Polisi dan Perancangan Kumpulan Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Wan Agyl Wan Hassan berkata, cadangan tersebut penting memandangkan tidak ada panduan yang jelas daripada pembuat polisi mengenai penyelarasan masalah pekerja gig secara menyeluruh.

Iklan
Iklan

Menurutnya, definisi pekerja gig juga perlu diperluaskan dalam menyelesaikan masalah tersebut.

"Kerajaan sebagai pembuat dasar perlu mengambil kira bukan sahaja suara rakan penghantar, tetapi merangkumi pemain industri. Sekiranya mereka hanya mengambil suara satu pihak sahaja, ia bukanlah polisi menyeluruh.

Iklan

"Kita perlu ada garis panduan setakat mana untuk mengawal selia, terutama industri p-hailing dan sejauh mana kerajaan hendak terlibat dalam menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian edisi ke-406 bertajuk ‘P-Hailing: Ke Mana Hala Tuju?’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Program itu dikendalikan Ismail Adnan sebagai moderator dan turut disertai dua panelis lain iaitu Pengerusi Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia, Ikmal Shahrin Zulkipli dan Penasihat Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia, Bryan Ng Yih Miin.

Iklan

Tambah Wan Agyl, antara cabaran utama ekonomi gig adalah isu keselamatan sosial dan membela pekerja p-hailing.

Jelasnya, masalah kebajikan pekerja sektor gig ini turut meliputi isu mendapatkan perlindungan sewajarnya daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

"Kerajaan perlu memudahkan kawal selia dengan mengambil kira isu pekerja gig bagi mengatasi cabaran keselamatan sosial, bukan tergesa-gesa membentuk suruhanjaya.

"Kita melihat perkara ini sebagai satu spektrum secara menyeluruh bagi memastikan ekonomi gig ini bersifat dinamik dan lebih berinovasi,” katanya.