Bayaran kadar tambang p-hailing perlu diselaraskan - Ikmal Shahrin

Iklan
Ikmal Shahrin ketika dalam Wacana Sinar Harian edisi ke-406 bertajuk ‘P-Hailing: Ke Mana Hala Tuju?’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

SHAH ALAM - Bayaran kadar upah dan tambang penghantaran yang dikenakan kepada pekerja p-hailing perlu diselaraskan untuk semua syarikat.

Pengerusi Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM), Ikmal Shahrin Zulkipli berkata, penyelarasan itu penting bagi memastikan pendapatan yang diterima oleh golongan pekerja p-hailing itu stabil.

Iklan
Iklan

Ujarnya, dengan adanya garis panduan berhubung perkara tersebut, ia dapat membantu pekerja p-hailing untuk menampung kos-kos lain termasuk kos penyelenggaraan.

"Bagi saya, sekarang ini tidak ada garis panduan, di mana kadar tambang itu berapa yang ditetapkan? Maknanya kadar itu tidak stabil. Ada syarikat A menyediakan (tambang) RM5, syarikat B, RM3.

Iklan

"Sebab perkara itu tidak selaras. Jadi kadar pendapatan itu pun, kadang-kala kita boleh dapat tinggi atau boleh dapat rendah.

"Jadi pada saya, sama juga dengan pendapat ‘rider’ lain, perlu ada satu penyelarasan maknanya kadar tambang itu selaras dan setiap penghantaran itu sama sahaja bayarannya, jadi ia tidak lah menekan pihak ‘rider’,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian menerusi Wacana Sinar Harian edisi ke-406 bertajuk ‘P-Hailing: Ke Mana Hala Tuju?’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panel ialah Bekas Ketua Bahagian Polisi dan Perancangan, Kumpulan Operasi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Wan Agyl Wan Hassan dan Penasihat PPRPM, Bryan Ng Yih Miin manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Sementara itu, ulas Ikmal Shahrin, karier p-hailing sepenuh masa masih mempunyai masa depan yang cerah dalam aspek peluang pekerjaan di negara ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah-masalah yang membebani golongan sektor ekonomi gig terutamanya p-hailing.

"Bagi saya untuk masa depan (kerjaya p-hailing itu) masih ada sebenarnya. Cuma untuk ‘rider’ menambahkan pendapatan itu, bergantung pada dirinya sendiri.

"Untuk kerajaan, masalah p-hailing, e-hailing perlu diselesaikan dalam kadar segera sebab perkara ini sudah lama membelenggu mereka,” tambahnya.