Van der Sar semakin pulih

Iklan
Van der Sar

EDWIN van der Sar telah keluar dari unit rawatan rapi (ICU) tetapi masih berada di hospital selepas pendarahan otak awal bulan ini.

Bekas pemain antarabangsa Belanda berusia 52 tahun itu dipindahkan ke hospital Belanda tetapi kekal dalam rawatan rapi, kata isterinya Annemarie minggu lalu.

Iklan
Iklan

Van der Sar yang merupakan bekas penjaga gol Manchester United pada mulanya dimasukkan ke hospital Split semasa bercuti di Croatia.

"Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas semua mesej yang hebat dan menyokong.

Iklan

"Saya gembira untuk berkongsi bahawa saya tidak lagi berada di unit rawatan rapi. Bagaimanapun, saya masih di hospital. Saya berharap untuk pulang minggu depan dan mengambil langkah seterusnya dalam pemulihan saya,” kata Van der Sar dalam satu hantaran di Twitter awal pagi tadi.

Van der Sar, yang menghabiskan enam tahun di Old Trafford sebelum meninggalkan pasukan itu pada 2011, merupakan pengarah di kelab Belanda, Ajax Amsterdam sebelum meletakkan jawatan musim lalu.

Iklan

Ia selepas kelab itu menduduki tempat ketiga dalam liga Belanda dan terlepas slot Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2009.