Malaysia Airlines terima Boeing 737-8 bulan depan

Iklan
MAB akan mula menerima penghantaran pesawat Boeing 737-8 baharu pertamanya bulan depan. - Gambar ihsan Malaysia Airlines

MALAYSIA Airlines Bhd (MAB) akan mula menerima penghantaran pesawat Boeing 737-8 baharu pertamanya bulan depan.

Syarikat penerbangan negara itu dalam kenyataan pada Rabu menjelaskan akan beransur-ansur menambah pesawat 737-8 itu kepada 25 menjelang 2026.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, langkah memperkenalkan pesawat baharu 737-8 pada Ogos ini meletakkan standard baharu dalam perjalanan udara.

"(Langkah ini) menyatukan budaya terbaik Malaysia, teknologi termaju dan amalan mampan untuk menghasilkan pengalaman penerbangan yang tidak ada tandingannya,” katanya.

Iklan

Pada masa ini, kumpulan MAG mempunyai 100 pesawat menerusi anak-anak syarikatnya seperti Malaysia Airlines, Firefly, MASwings dan MASkargo. - Bernama

Iklan