Facebook Muafakat Nasional diceroboh

Iklan
Annuar - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Facebook rasmi Muafakat Nasional (MN) telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa menerusi laman Facebooknya pada Rabu.

Iklan
Iklan

Katanya, setiap perkongsian melalui ruangan tersebut bermula 18 Julai 2023 merupakan tindakan daripada pihak luar dan bukan pengurusan MN.

"Oleh itu, kami akan mengambil tindakan berlandaskan peruntukan perundangan sedia ada dan berharap pihak berkuasa bersedia membantu," ujarnya.

Iklan
Iklan