Zii Jia tersingkir awal di Terbuka Korea

Iklan
Zii Jia -Foto: PHOTO BADMINTON

HASRAT perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia memulakan rentak kemenangan di bawah kendalian jurulatih baharu, Wong Tat Meng yang mula melatih pemain berusia 25 tahun itu sejak 3 Julai masih belum kesampaian.

Ini selepas pemain nombor 17 dunia ditunjukkan jalan pulang lebih awal apabila tewas kepada pemain Hong Kong, Ng Ka Long pada pusingan pertama Terbuka Korea 2023 di Stadium Jinnam, Yeosu, Korea Selatan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Ka Long yang merupakan bekas anak buah Tat Meng terlebih dahulu mengungguli set pertama 21-15, namun Zii Jia yang tidak mengalah bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-18.

Set penentuan kedua-dua pemain saling mengejar mata, namun Ka Long ternyata lebih unggul untuk kemenangan 21-17 dalam tempoh 56 minit sekali gus mengakhiri cabaran anak muda kelahiran Kedah Darul Aman itu.

Iklan

Kekalahan kepada Ka Long itu juga merupakan kali keempat berturut-turut Zii Jia kepada pemain ranking ke-14 dunia tersebut yang dipacu bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann.

Untuk rekod ini merupakan kekalahan keempat berturut-turut Zii Jia di pusingan pertama dalam lima kejohanan terakhir disertai juara Asia itu.

Iklan

Turut mengikuti jejak langkah Zii Jia tersingkir dari pentas kejuaraan Siri 500 itu adalah Leong Jun Hao, Goh Jin Wei, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing, Chan Peng Soon-Cheah Yee See dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.