KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat Malaysia dapat memperbaharui azam untuk mengukuhkan lagi perpaduan sempena kedatangan tahun baharu hijrah.
"Semoga pada awal tahun baru hijrah ini kita semua dapat memperbaharui azam dan tekad mengukuhkan lagi solidariti umat dalam meningkatkan melakukan islah dan pembaharuan demi pertiwi yang tercinta ini,” kata beliau menerusi catatan di Facebook rasmi pada Rabu.