Penahanan Sanusi dengan Anwar pada 1998 tidak sama - Fahmi Fadzil

Iklan
Fahmi - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Naratif yang cuba dimainkan oleh sesetengah pihak yang menyamakan penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan peristiwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan pada 1998 adalah tidak tepat.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil, berkata, sebaliknya perbandingan yang lebih tepat bagi kes Sanusi adalah persamaan situasi penahanan seorang lelaki warga emas pada 2021 kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengaibkan terhadap Menteri Besar Kedah itu.

Iklan
Iklan

"Lain (menyamakan penahanan Anwar dengan Sanusi)... inilah naratif yang cuba dimainkan (pihak tertentu). Tetapi realitinya pada 2021 ada seorang pakcik lewat 60-an yang ditahan pada jam 3 atau 4 pagi kerana didakwa menghina Sanusi.

"Maka bagi saya mungkin itu perbandingan yang lebih tepat,” katanya, yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/ 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian mengulas berhubung laporan media yang menyamakan penahanan Muhammad Sanusi pada jam 3 pagi semalam seperti mengimbas kembali penahanan Anwar pada 1998.

Pada 9 Ogos 2021, seorang lelaki berusia 61 tahun ditangkap atas kes menghina Sanusi selaku Menteri Besar Kedah.

Warga emas berkenaan dilaporkan ditangkap pada jam 3.57 pagi di sebuah rumah di Lenggeng, Negeri Sembilan dan kemudian ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung video yang didakwa sengaja mengaibkan Sanusi.

Iklan

Semalam, Sanusi ditahan polis sekitar jam 3 pagi di Kuala Lumpur berikutan beliau gagal dihubungi polis bagi memaklumkan supaya hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor.

Beliau kemudian mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik. - Bernama.



ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R

Polis ambil keterangan Dr Mahathir

Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah