Jabatan Peguam Negara nafi pendakwaan terpilih motif politik

Iklan
Idrus Harun

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara menafikan dakwaan wujudnya pendakwaan terpilih bermotifkan politik dan penganiayaan terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.

Justeru, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan itu berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukannya atas desakan mana-mana pihak atau faktor yang lain.

Iklan
Iklan

"Keputusan itu dibuat berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tidak memihak kepada sesiapa berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperolehi keadilan yang sewajarnya.

"Ia selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, Idris berkata, sekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang, orang berkenaan akan didakwa oleh Jabatan Peguam Negara.

"Ia berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira status dan latar belakang orang yang didakwa," ujarnya.

Iklan

Pada Selasa, media melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin membidas tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan menyifatkannya sebagai pendakwaan terpilih.

Sebelum itu, Sanusi ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Isnin dan didakwa atas dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948, berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberitahu, polis bertindak untuk menahan Sanusi selepas beberapa panggilan telefon yang dibuat kepadanya namun pegawainya ditolak serta kesukaran untuk mengenal pasti lokasinya.

ARTIKEL BERKAITAN:MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Polis rekod keterangan Guan Eng, Abdul Hadi isu 3R

Polis ambil keterangan Dr Mahathir

Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

Sanusi hilang status MB, kerusi ADUN jika bersalah

Hamzah persoal alasan polis tahan Sanusi jam 3 pagi