Deretan Bot Nelayan

Iklan

Deretan bot nelayan dilabuhkan di tepi pantai sejurus pulang daripada melakukan aktiviti menangkap hasil laut ketika tinjauan di Pantai Baru, Bachok, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyenaraikan beberapa inisiatif penting dalam memungkinkan pembelaan terhadap golongan petani dan nelayan, antaranya ialah menyalurkan bantuan subsidi serta insentif untuk industri padi dan beras berjumlah RM1.62 bilion.

Iklan
Iklan

Menyediakan sumbangan tunai sebanyak RM200 sebulan bagi tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah dengan peruntukan sebanyak RM228 juta dan meneruskan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) Laut dengan kadar bayaran RM300 sebulan.

Menjamin kelangsungan golongan petani dan nelayan menjadi keutamaan kerajaan selain menggerakkan beberapa usaha yang berdampak besar dan memberi manfaat yang sebaiknya. - Foto Bernama

Iklan
Iklan