Pemergian Aliudin satu kehilangan besar - YAKEB

Iklan
Aliudin

PEMERGIAN bekas juara dan pemegang rekod kebangsaan lompat bergalah olahraga era 80-an, Aliudin Jumaat yang meninggal dunia pada Selasa disifatkan satu kehilangan besar buat arena sukan tersebut.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, Allahyarham merupakan atlet yang berdedikasi terhadap sukan tersebut sehingga ke akhir hayatnya.

Iklan
Iklan

"Allahyarham merupakan atlet yang memberikan sepenuh jiwa terhadap sukan lompat galah.

"Malah selepas bersara Allahyarham masih aktif menjalani latihan untuk kejohanan Masters.

Iklan

"Malah saya boleh katakan bahawa Allahyarham merupakan motivasi kepada atlet muda negara ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Kata Noorul Ariffin, atlet kelahiran Sabah itu juga merupakan presiden Persatuan Olahraga Masters Sabah pernah beraksi dalam acara dekathlon.

Iklan

Aliuddin memenangi perak dekatlon dalam Kejohanan Sarjana Dunia di Torino, Itali, pada 2013 dalam kategori umur 60-64 tahun.

Malah Allahyarham juga merangkul perak dalam acara 60 meter lari berpagar dengan catatan masa 9.79 saat dalam kategori umur 60-64 pada Kejohanan Olahraga Dalaman Masters Dunia di Daegu, Korea Selatan, pada 2017.

Difahamkan jenazah Allahyraham dikebumikan di kampungnya di Papar.