Mahrez semakin hampir sertai Al Ahli

Iklan
Mahrez

MANCHESTER City dilaporkan telah bersetuju perjanjian £30 juta (RM153.59 juta) dengan Al Ahli untuk menjual pemain sayap Riyad Mahrez.

Mahrez telah diberi kebenaran oleh City untuk tidak menyertai jelajah pra musim ke Tokyo untuk memuktamadkan perpindahan itu.

Iklan
Iklan

Ia sekali gus menamatkan perjalanan karier Mahrez di Stadium Etihad selepas pemain Algeria itu membuat lebih daripada 200 penampilan sepanjang lima musim dan memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak empat kali.

Pemain berusia 32 tahun itu mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya tetapi berminat untuk berpindah ke Liga Pro Saudi.

Iklan

Joao Cancelo telah dimasukkan ke dalam skuad jelajah City selepas menghabiskan separuh masa kedua musim lalu secara pinjaman di Bayern Munich.

Mahrez kini akan menyertai senarai nama besar ke Timur Tengah yang turut dibarisi Karim Benzema, N'Golo Kante dan Ruben Neves.

Iklan

Selain Mahrez, Kyle Walker juga dalam proses perpindahan ke Bayern Munich, manakala Joao Cancelo bakal berpindah secara tetap selepas dipinjamkan ke kelab Bundesliga berkenaan musim lalu.

Aymeric Laporte, Silva dan penjaga gol, Zach Steffen juga dalam senarai perpindahan keluar dari Etihad pada musim panas ini.