Leipzig pinjam Simons setahun dari PSG

Iklan
Xavi Simons

KELAB gergasi Bundesliga, RB Leipzig telah menandatangani pemain tengah Belanda, Xavi Simons secara pinjaman setahun daripada juara Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain Germain (PSG), kata kedua-dua kelab pada Khamis.

Pemain berusia 20 tahun itu kembali semula ke PSG, menandatangani kontrak empat tahun selepas setahun di kelab Eredivisie Belanda, PSV Eindhoven.

Iklan
Iklan

Di Belanda, Simons adalah penjaring kedua terbaik liga dengan 19 gol dalam 34 perlawanan, membantu PSV menduduki tempat kedua serta Piala Belanda 2022-23.

"Kami telah dapat menandatangani bakat muda yang luar biasa dalam Xavi Simons.

Iklan

"Dia adalah antara seorang pemain tengah menyerang terbaik dalam kumpulan umurnya di benua Eropah.

"Simons mempunyai segala-galanya yang diperlukan untuk merebut Bundesliga dengan kualiti individunya,” kata Ahli Lembaga Leipzig (Sukan), Max Eberl kepada laman web kelab.

Iklan

Bekas pemain akademi Barcelona itu berpindah ke PSV pada Jun 2022 dari PSG selepas kontraknya tamat, sebelum menyertai semula kelab Perancis tersebut yang segera meminjamkannya ke Leipzig.

"Saya menyertai kelab yang kerap bermain bola sepak Liga Juara-Juara.

"Skuad ini mempunyai gabungan sempurna daripada ramai pemain muda dan berpengalaman, dan seluruh warga kelab dahagakan kejayaan.

"Saya kagum dengan gaya permainan RB Leipzig dan percaya kualiti saya menyumbang sesuatu yang baik untuk pasukan ini, malah boleh meraih banyak kejayaan bersama,” kata Simons.

Sebelum ini Simons dipanggil oleh Belanda untuk Piala Dunia 2022 di Qatar, menyaksikan dia memperoleh penampilan pertamanya dalam kemenangan 3-1 ke atas Amerika Syarikat dalam pusingan 16 terbaik tahun lalu.

Sebagai rekod, Leipzig menduduki tempat ketiga saingan Bundesliga sekali gus meraih slot peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.