Pengasuh didakwa bunuh bayi enam bulan

Iklan
Tertuduh (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia enam bulan.

IPOH - Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia enam bulan.

Tertuduh, Tan Wooi Cheng, 51, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, wanita tersebut telah membunuh Cheong Si Yu di sebuah rumah di Persiaran Klebang Selatan 5, Tawas Indah, Chemor di sini.

Kesalahan tersebut berlaku pada 9 Julai 2023 jam 12 tengah malam hingga 12 Julai 2023 pada 11 pagi.

Iklan

Tertuduh didakwa bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun serta tidak melebihi 40 tahun dan jika dijatuhi hukuman mati, akan dikenakan sebat tidak kurang 12 sebatan.

Majistret S Punitha kemudian menetapkan tarikh 5 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hidayu Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam, J Matthew dan Fadhlin Fadzli.

Pada 15 Julai lalu, media melaporkan seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas dua hari koma dipercayai didera oleh pengasuhnya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat awal diterima daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini ketika mangsa dirawat.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul.