Aduan kes kecuaian hospital masih dalam siasatan - Dr Zaliha

Iklan
Dr Zaliha

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) meneliti jumlah kes aduan berhubung kecuaian pihak hospital agar dapat melakukan siasatan menyeluruh.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, setakat ini pihak KKM sedang mengemas kini data bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil.

Iklan
Iklan

"Kita ada menerima beberapa aduan kes kecuaian pihak hospital, tetapi rasanya lebih tertumpu di media sosial.

"Pada peringkat kementerian segala aduan yang kita terima akan dibuat siasatan secara dalaman terlebih dahulu bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dibuat," katanya semasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Kesihatan Tahun 2023 pada Khamis.

Iklan

Pada 9 Julai lalu, Dea Maisarah telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bersama bapanya disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

17 Julai lalu, seorang lelaki mendakwa tangan anak saudaranya berusia dua bulan mengalami bengkak dan bernanah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka (HM).

Iklan

Tambah Zaliha, orang ramai perlu membuat aduan rasmi kepada pihak KKM agar data itu boleh dijadikan sebagai rujukan dan bukan sahaja menyebarkan melalui hantaran di media sosial.

Ujarnya, pihak KKM berharap isu tersebut boleh diselesaikan dengan baik bersama pihak waris.

"Kita akan berhubung terus dengan waris atau pengadu untuk diteliti di semua peringkat," katanya.