PRN, PRK ikut SOP Covid-19 sedia ada - KKM

Iklan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai garis panduan Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, perbincangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dilakukan jika terdapat keperluan untuk pelaksanaan SOP baharu.

Iklan
Iklan

"Setakat ini kalau kita ikut kepada trend kes yang diterima kita ambil maklum dan SOP yang kita lakukan ialah apa yang sedia ada.

"Perbincangan bersama MKN, SPR dan beberapa agensi bagi membincangkan jika ada atau jika perlu melakukan langkah lebih berbeza daripada SOP biasa," katanya semasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kementerian Kesihatan Tahun 2023 pada Khamis.

Iklan

Menurut Dr Zaliha, KKM akan meneliti pelbagai aspek keselamatan kesihatan bagi memastikan PRN di enam negeri berjalan lancar.

"Prosedur sedia ada contohnya semasa PRU15 yang lepas mereka yang positif dibenarkan untuk mengundi, tetapi dengan langkah-langkah pencegahan tertentu yang perlu diambil," katanya.

Iklan