Itu dokumen pengeluaran sukuk atau pelupusan hutang peneroka? - Annuar

Iklan
Annuar Musa

SHAH ALAM - Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa dokumen yang didedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai bukti pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merupakan bayaran bagi terbitan sukuk.

Justeru bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu meminta Perdana Menteri untuk menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Kalau tak silap saya, ini bukan sukuk pertama, tetapi mungkin yang ketiga. Yang pasti ini bukan dokumen penghapusan hutang peneroka (Felda).

"Setahu saya, kabinet luluskan pelan pemulihan Felda pada bulan Oktober 2020 lagi (tetapi) penghapusan hutang peneroka dilaksana tahun 2021.

Iklan

"Tindakan lain dalam melaksanakan pelan pemulihan Felda memang memakan masa lebih panjang termasuk sukuk dengan jaminan kerajaan (iaitu) yang Perdana Menteri tandatangan atas kapasiti sebagai Menteri Kewangan agaknya," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis.

Sebelum ini Anwar dilapor mendedahkan bukti dokumen berkaitan penghapusan hutang peneroka Felda menerusi lampiran perjanjian 'Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA)' yang ditandatangani antara Felda, kerajaan Malaysia dan Amanah Raya Berhad serta dokumen berbentuk digital arahan pembayaran kerajaan Malaysia berjumlah RM990 juta.

Iklan

Pendedahan tersebut dibuat susulan tuntutan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi surat tuntutan (LOD) yang dihantar kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pada Selasa.

Sementara itu, Annuar turut menzahirkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Tambun itu atas pendedahan tersebut, namun mendesak Anwar membuat pencerahan mengenainya agar rakyat tidak terkeliru.

"Terima kasih PM kerana 'upload' (muat naik) dokumen yang dikatakan PM tandatangan sebagai bukti PM yang hapus kira hutang peneroka Felda.

"Tetapi saya tengok dokumen itu macam mengenai terbitan sukuk yang diputuskan akhir tahun 2020 dan diterbitkan secara berperingkat.

"Apa pun rakyat jadi keliru dengan posting PM. Mungkin PM boleh buat pencerahan lanjut (sama ada) dokumen itu dokumen pengeluaran sukuk atau dokumen pelupusan hutang peneroka," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hutang Felda: MOF sahkan Anwar tandatangan FSRA

Hutang Felda: Anwar tunjuk bukti, desak Muhyiddin mohon maaf