Tak sempat ziarah ibu, Khai Bahar kemalangan langgar tayar lori tengah jalan

Iklan
Khai Bahar terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang untuk pulang ke kampung halamannya di Perlis.

PENYANYI Khai Bahar terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang untuk pulang ke kampung halamannya di Perlis.

Kejadian yang berlaku pada awal pagi Selasa itu menyebabkan kereta BMW putih miliknya mengalami kerosakan selepas terlanggar sebiji tayar lori yang tiba-tiba muncul ketika menggunakan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Iklan
Iklan

Khai menerusi satu perkongsian yang dilakukan di Instagram Story miliknya berkata, sepanjang bulan ini dia kerap pulang ke Perlis kerana keadaan kesihatan ibunya, Rosnah Muhammad, 61 yang tidak begitu baik.

"Bulan ini sahaja sudah beberapa kali balik Perlis. Tapi kali ini tak dapat sampai Perlis sebab terlanggar tayar lori tengah lebuh raya.

Iklan

"Alhamdulillah tiada benda serius. Sesi nak pujuk mak pergi hospital, gagal kali ini,” ujarnya yang berhasrat untuk membawa ibunya melakukan pemeriksaan kesihatan.

Terdahulu penyanyi lagu Luluh itu pernah berkongsi tentang keadaan kesihatan ibunya yang semakin merosot akibat sakit buat pinggang. Malah pada tahun lalu ibunya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur kerana sakit sama.

Iklan